Konsisten Workout: Macam Mana Nak Konsisten?

Senaman merupakan salah satu elemen terpenting dalam program berat badan selain daripada pemakanan dan tahap aktiviti harian. Walau bagaimanapun, kadangkala sukar untuk mengetahui samada anda melakukan senaman yang betul atau membakar kalori yang banyak. Kadangkala juga sukar untuk bersenam secara tetap. Mengapa susah sangat untuk bersenam secara konsisten?

 

  • Banyak gangguan
  • Tidak berminat dengan senaman
  • Tiada masa

 

Mulakan perubahan dengan menilai semula program anda secara keseluruhannya bagi menentukan berapa banyak anda bersenam serta berapa banyak senaman yang diperlukan sebenarnya. Hal ini tidak bermakna anda perlu mula bersenam 2 jam sehari. Jika masih baru dengan rutin senaman berkala, tempoh bersenam yang lama akan menyebabkan burnout, overtraining dan juga kecederaan. Anda hanya perlu membuat dua keputusan yang sangat penting:

 

  • Samada anda perlu menambah tempoh bersenam dan intensiti untuk mencapai matlamat atau,
  • Anda perlu mengubah matlamat selaras dengan rutin senaman anda sekarang.

 

Jadikan Senaman Anda Lebih Konsisten

  • Bersenam di waktu pagi ketika anda jauh daripada komitmen harian agar anda tidak terganggu.
  • Cari dan pilih jenis aktiviti fizikal yang anda paling gemari, walaupun ia tidak bertepatan dengan garis panduan senaman yang standard (berjalan kaki, berjoging, latihan kekuatan dan lain-lain) bermula dari situ, anda boleh memulakan program senaman yang berkaitan dengan aktiviti kesukaan anda. Kembangkan program senaman apabila anda semakin selesa dengan rutin senaman. Sebagai contohnya, anda suka menari. Teruskan dari situ sebelum beralih kepada senaman aerobik dan kemudian beralih pula kepada rutin senaman yang lebih advanced.
  • Daripada mengubah keseluruhan jadual harian anda agar dapat disesuaikan dengan rutin senaman, lebih baik cuba selitkan sahaja rutin senaman ke dalam jadual harian anda agar tidak mengganggu perjalanan hari anda. Walau 10 minit sekalipun, sudah cukup baik daripada tidak melakukan apa-apa langsung. Cabar diri anda untuk melakukan apa sahaja aktiviti fizikal yang akan menjadikan anda lebih aktif biarpun untuk tempoh masa yang singkat.

 

Entri: Tini Lorna Lim

Leave a Comment