KUATKAN LATIHAN KOMPAUN UNTUK TINGKATKAN STRENGHT

15823256_1319795371399670_2606518451322927959_n

 

Bodybuilder mungkin tidak berlatih dengan beban
yang terlalu berat (berdasarkan peratusan 1RM),
tetapi kebanyakan bodybuilder yang berjaya sentiasa
memfokuskan kepada LATIHAN KEKUATAN!

Kekuatan untuk mengangkat lebih berat untuk lebih
banyak rep adalah tunjang kepada peningkatan
peluang untuk membina otot dan menjana kuasa yang
lebih tinggi.

Senaman yang kena kuatkan adalah senaman kompaun,
tetapi senaman isolasi juga perlu diberikan
penekanan.

Kompaun yang anda perlu tekankan; squat, bench
press, deadlift, barbell row, overhead press, dip,
chin-up.

Salah satu latihan mudah adalah berlatih dengan 5
rep untuk setiap senaman ini sebanyak 5 set.
Peraturannya:

1- Gunakan beban yang susah untuk habis 5 rep.
2- Habiskan 5 set dalam 10-15 minit.
3- Tambah beban setiap minggu (minimum 5-10kg).
4- Lakukan senaman kompaun di awal workout.

Habis senaman kompaun ini, tambahkan dengan satu
senaman variasi menggunakan dumbbell untuk bahagian
anda berlatih. Tidak lupa juga satu senaman isolasi
untuk bahagian tersebut.

Latihan kekuatan biasanya mengambil masa 60 minit
sahaja untuk habis. Pastikan rehat cukup, jangan
terlalu lama dalam gym!

INFO BY AIMAN RADZI

Komen Facebook