Biasalah, bila dah workout tak berhenti badan akan jadi penat. Ada yang sampai workout 7-8 hari seminggu tanpa henti, memang lunyailah badan!
Ubat yang paling mujarab untuk melegakan sakit dan penat badan adalah rehat. Tetapi, jika anda inginkan proses pemulihan yang lebih cepat, apa kata anda cuba dapatkan urutan sukan (sport massage)?
Tujuan urutan sukan ataupun sport massage adalah untuk melancarkan darah, mempercepatkan proses pemulihan, dan juga membantu untuk melegakan sakit-sakit badan. Pengamal urutan sukan Biasanya terdiri daripada ahli fisioterapi, individu yang mengambil jurusan sains sukan, pengamal urutan tradisional, dan berbagai lagi latar belakang dari dunia kecergasan.
Pada kebiasaannya juga, penilaian postur badan akan dilakukan sebelum urutan sukan diberikan. Jadi, anda dapat tahu apa yang tidak seimbang dalam badan anda. Jika kita dapat menangani masalah ketidakseimbangan dalam badan, maka prestasi latihan kita akan meningkat.
Kelebihan lain yang boleh di manfaatkan oleh ahli bina badan dalam urutan sukan adalah bentuk otot mereka akan menjadi lebih jelas kerana untuk mereka tidak lagi dalam keadaan tegang. Urutan sukan boleh membantu untuk memisahkan setiap gentian otot supaya otak mereka menjadi lebih jelas. Sebab itu, kita ada lihat, atlet profesional bertaraf antarabangsa mendapatkan servis urutan sukan secara kerap apabila tibanya musim untuk bertanding.