Maksud senaman power di sini ialah; senaman tersebut memang hebat, senaman tersebut membina power ataupun skill penjanaan kuasa. Power bermaksud kebolehan untuk menjana tenaga dalam masa yang tertentu. Semakin banyak tenaga yang dijana dalam masa yang singkat, semakin tinggi power.

Bila anda dapat jana power yang tinggi, ia mendorong kepada pengaktifan gentian otot yang lebih banyak. Sebabnya, unit contractile otot harus bekerja dengan efisien untuk menggerakkan bebanan yang berat dalam masa yang singkat.

Otot kita ada banyak jenis. Ada yang sentak-pantas dan ada yang sentak-perlahan. Kemudian dalam kedua-dua jenis ini ada pula jenis jenis yang lain. Untuk pengetahuan anda, mereka yang mengangkat bebanan banyak menggunakan otot jenis sentak-pantas.

Hipertrofi pula ada beberapa jenis; sarcoplasmic hypertrophy dan myofibular hypertrophy. Yang banyak mengangkat bebanan ringan dan banyak ulangan, itu sarcoplasmic hipertrofi. Kalau banyak mengangkat bebanan berat, anda dapat mypfibular hipertrofi.

Anda dah angkat beban dan yang ringan atau sederhana berat untuk banyak ulangan, jadi anda dah fokus kepada sarcoplasmic hypertrophy. Sekarang, buat latihan power untuk mendapatkan Myofibular hipertrofi.

Clean and Press

Pendlay Row

Jump Squat

Senaman-senaman power ini tidak perlu dilakukan seperti skema bina badan. Maksudnya, tak pernah buat sampai penat. Konsep senaman power adalah anda perlu lakukannya secara laju. Bukan laju untuk habiskan set, tetapi setiap pergerakan ulangan itu dilakukan dengan laju.

1 set memadai dilakukan sebanyak 5 ulangan sahaja. Kalau terlalu banyak nanti teknik akan lari. Itu penting juga iaitu anda sentiasa kekalkan dengan teknik yang bagus. Jangan korbankan teknik untuk bebanan yang lebih berat.

Entri: Aiman Radzi