Untuk membina otot yang lebih besar, anda perlu aktifkan jenis-jenis otot tertentu. Dalam badan kita, otot mempunyai banyak jenis gentian.
Antaranya:
1. Jenis 1
2. Jenis 2
ahli bina badan akan fokus pada Jenis 2 kerana jenis ini bersaiz lebih besar,dilatih melalui latihan bebanan seperti latihan-latihan di gym.
Jenis 1 bersaizkecil dan dilatih melalui latihan ketahanan (berjogging dan lain-lain).Ada sekumpulan pengkaji daripada Brazil telah menjumpai jalan untukmengerjakan otot Jenis 2 dengan mudah.
Mengikut mereka, anda perlu lakukan dahulu satu set dengan berat sangatringan untuk seberapa banyak rep yang anda mampu sebelum masuk ke setlatihan sebenar anda.
Ikuti Kajian Mereka
Para pengkaji tersebut telah mengumpulkan 27 orang individu danmemecahkan mereka kepada tiga kumpulan:
Kumpulan 1 – Tidak melakukan apa-apa2. Kumpulan 2 – Berlatih dengan 75% daripada 1RM sebanyak 3 set3.
Kumpulan 3 – Sama dengan Kumpulan 2 tetapi ditambah denganteknik tadi.Di hujung tempoh kajian,
Kumpulan 3 mendapat jumlah kenaikan jisim ototterbanyak berbanding kumpulan-kumpulan lain!
Bagaimana Anda Boleh Guna Teknik Ini?
Berdasarkan kajian mereka, kita boleh katakan◊ warmup sehingga repmaksimum (atau failure) dengan beban ringan adalah bagus untukhypertrophy otot.
Cuba begini:
1. Anggapkan bench press paling berat anda adalah 100kg.
2. Guna 20kg untuk bench press dan lakukan sebanyak rep yang andamampu!
3. Rehat 30 saat sahaja.
4. Terus sambung dengan set biasa yang anda selalu lakukan.
Itu sahaja!
Teknik yang mudah untuk meningkatkan kebolehan membinabadan. Jangan lupa kongsikan dengan rakan-rakan anda tentang teknik ini.Ujikaji dan kongsikan perubahan anda bersama kami!
Penulis: Aiman Radzi (@TheTherabeast)Rujukan:1. TC Luoma, 2 April 2017, Tip: Do This First, Trigger More Muscle Growth,T-Nation, https://www.t-nation.com/training/tip-do-this->rst-trigger-more-muscle-growth.2. Aguiar AF, Buzzachera CF, Pereira RM, Sanches VC, Januário RB, daSilva RA, Rabelo LM, de Oliveira Gil AW, “A single set of exhaustiveexercise before resistance training improves muscular performance inyoung men.” Eur J Appl Physiol. 2015 Jul;115(7):1589-99.