Triceps melakukan pergerakan extension atau meluruskan siku (dan menarik tangan ke belakang sedikit. Daripada namanya sahaja, kita sapat tahu yang triceps bermaksud tiga (otot triceps ada tiga bahagian).

Untuk membina saiz triceps, ada pelbagai jenis latihan yang anda boleh lakukan. Contohnya seperti close grip bench press, dip, overhead press, dan lain-lain. Ini dalam kategori senaman kompaun. Bagaimana pula dengan senaman isolation?

Cuba buat yang ini, iaitu incline triceps extension. Condongkan sedikit bangku untuk anda bersandar dan gunakan dumbbell sebagai bebanan anda. Jangan jatuhkan ke muka, turunkan dumbbell ke tepi kepala. Lagi penting, jangan guna yang berat-berat.

Senaman ini memberi fokus pada saiz triceps dengan penekanan pada long head dan medial head. Ini yang anda mahukan kalau anda nak besarkan otot triceps.

Entri: Aiman Radzi (@TheTheraBeast)