Senaman skullcrusher ialah senaman yang mensasarkan otot triceps. Ia turut membesarkan kesemua bahagian triceps. Kalau anda tak tahu lagi, triceps ada 3 bahagian iaitu lateral head, long head, dan medial head.
Cara untuk melakukan skullcrusher ialah sangat mudah. Baring di atas bangku ataupun lantai dan luruskan tangan ke atas. Ini ialah posisi permulaan. Daripada sini, bengkokkan siku dan turunkan tangan ke arah dahi. Jangan jatuhkan bebanan betul-betul di atas dahi. Sebaliknya, arahkan ke bahagian umbun-umbun kepala. Kemudian, luruskan tangan semula.
Skullcrusher ialah senaman isolation dan sangat bagus dilakukan untuk memberikan rangsangan hypertrophy pada triceps. Tak perlu gunakan bebanan begitu berat. Untuk lebih efektif, gunakan dumbbell yang dipegang secara menegak.
Jangan lupa untuk gunakan Whey Core daripada Superior14 untuk mendapat sumber protein yang mencukupi bagi proses bina otot!
Entri: Aiman Radzi (@TheTheraBeast)