Admin dapat berita yang ada orang kata kalau main banyak otot dalam satu masa, protein yang kita makan akan keliru nak pergi otot yang mana satu nak bagi besar. Adakah ini betul?

 

Tak sangka protein pun boleh pening-pening juga, ya? Tak ada istilah protein pening sebab kita latih banyak otot. Protein akan digunakan seluruh badan untuk proses pemulihan. Tahukah anda yang protein bukan sahaja digunakan untuk memulihkan otot, malah untuk memulihkan semua sel dalam badan termasuklah bulu mata, rambut, dan bulu-bulu lain.

 

Protein adalah komponen asas dalam otot dan juga sel-sel lain. Kita makan protein dengan tujuan untuk membekalkan badan dengan nutrisi untuk proses pemulihan dan tenaga. Protein yang kita makan akan dipecahkan kepada bentuk lebih kecil iaitu amino acids. Bayangkan begini, protein adalah rumah dan amino acids adalah batu-bata kepada rumah tersebut. Amino acids yang paling penting bagi kita untuk bina badan ialah BCAA. Ia terdapat dalam whey dna juga boleh didapati secara stand-alone. Maksudnya, anda boleh beli BCAA sahaja tanpa perlu beli sebalang whey.

 

Tetapi, ada baik juga anda ambil 1 scoop whey sahaja kerana kandungan 1 scoop whey mengandungi sama banyak BCAA dengan 1 scoop BCAA yang anda beli, cuma ada lebihan protein juga daripada Non-BCAA yang juga penting. Jadi, apa tujuan beli BCAA?

 

Bagi mereka yang nak dapatkab BCAA tanpa peningkatan kalori kerana ingin hadkan kemasukan kalori bagi tujuan cutting, maka BCAA adalah pilihan terbaik anda. Malah, anda memang digalakkan untuk ambil BCAA sepanjang hari untuk menggalakkan pengekalan jisim otot daripada terurai!

 

Cuba gunakan BCAA daripada Superior14 untuk tujuan ini, dan guna juga whey daripada Superior14 kerana kualitinya yang tidak ada bandingannya.

 

Entri: Aiman Radzi (@TheTheraBeast)