Latih Cara Ini Untuk Kekal Kuat Antara Set

Selalunya, anda latih macam mana? Lepas satu set ke satu set yang seterusnya kan? Itu adalah teknik konvensional yang diberikan hampir 90% mereka yang bermain gym. Pastinya cara ini sangat berhasil, tetapi admin nak kongsikan satu lagi cara lain yang boleh membantu anda untuk bina otot.

Teknik ni dikongsikan oleh Charles Poliquin, seorang otai dalam dunia strength. Beliau berkata, teknik konvensional tadi tidak mampu membuat benda kekal kuat dari set ke set yang lain. Oleh itu, beliau mengamalkan satu teknik yang memberi fokus pada otot agonis Tetapi dalam masa yang sama melatih otot antagonis.

Begini, biasanya orang berehat antara set dalam 1-2 minit. Pada masa itu, ada sesetengah daripada kita yang menggunakan telefon bimbit, ada pula yang berlegar-legar di sekitar gym, dan ada yang bersembang dengan gym partner sampai terlebih masa. Ini yang menyebabkan rehat anda tidak begitu efisien.

Jadi, beliau berkata yang anda patut juga melakukan senaman semasa rehat antara set. Kenapa? Ini adalah untuk memastikan sistem saraf anda sentiasa bersedia untuk bertindak. Rehat yang bersahaja akan menyebabkan badan anda jadi lemau. Konteks lemau di sini adalah sistem saraf yang tidak “membara”.

Yang dicadangkan untuk anda buat ialah selepas 1 set senaman yang anda lakukan, buat pula senaman bagi otot yang berlawanan daripada otot yang anda berlatih tadi. Sebagai contoh, Kalau sekarang anda baru habis buat satu set dumbbell bench press, teruskan dengan buat satu set barbell row. Tidak perlu berat kerana anda tidak mahu meletihkan lagi saraf anda. Cukup sekadar untuk mengaktifkan badan anda supaya tidak menjadi lemau. Selepas habis barbell row 1 set, sambung semula dengan senaman utama anda iaitu dumbbell bench press yang tadi.

Anda anda kena cari sahaja apa otot berlawanan bagi otot utama yang anda sedang latih sekarang. Kemudian, lakukan senaman untuk otot tersebut. Dada lawannya belakang, bahu lawannya kepak, biseps lawannya triseps, quadriceps lawannya hamstring.

Entri: Aiman Radzi (@TheTheraBeast)

Komen Facebook