Shredded bermaksud badan anda boleh nampak tona-tona otot dengan baik. Seiring dengan itu, untuk nampak shredded anda kenalah rendah lemak badan juga. Jadi, jika anda tinggi peratusan lemak, tak kesah berapa banyak otot anda ada, susah untuk nampak shredded (tapi memang nampak mass lah)!
Kalau anda nak tambahkan ilusi shredded, anda kena pastikan yang dua otot ini terlatih dengan baik dan muncul dengan jelas. Otot yang dimaksudkan ialah otot oblique dan otot serratus anterior anda. Senang kata, otot yang bagi nampak seperti anda ada insang ikan di tepi badan.
Otot Oblique
Melatih bahagian ini memerlukan ketahanan core yang tinggi sebab kerjanya ialah mengelakkan badan anda daripada berpusing disebabkan tarikan bebanan atau graviti. Otot ini berkerja dalam kesemua senaman compound yang berat-berat seperti squat, bench press, dan deadlift. Tetapi, untuk memberi fokus pada senaman ini, anda kena buat senaman istimewa.
Satu senaman yang amat berkesan ialah senaman woodchop. Tengok gambar di bawah.
Ini adalah variasi yang termudah di mana anda berdiri tegak di sisi mesin kabel dan gunakan tali. Anda akan tarik tali tersebut dari sisi ke sisi seperti di dalam gambar. Matlamat anda adalah untuk mengawal diri daripada terpusing. Maksudnya, anda kena kekal berdiri pandang lurus ke hadapan.
Otot Serratus Anterior
Otot ini terlatih semasa anda menggerakkan tangan ke hadapan, terutama dalam senaman chest press. Ada lagi senaman lain yang bagus untuk otot ini iaitu chest fly. Kebanyakan senaman chest telah mengerjakan juga otot ini. Macam mana nak tambahkan lagi perisa pada otot tersebut? Lakukan one-arm cable chest press!
Dengan melakukan chest press di mesin kabel secara sebelah-sebelah (rujuk gambar), anda turut melatih otot abs terutamanya otot oblique anda. Apa sahaja yang anda buat sebelah-sebelah, otot oblique anda akan berkerja lebih berat daripada biasa.