Hampir kesemua senaman, jika ditukar sedikit posisi sahaja boleh mengenakan bahagian otot yang lain. Sama juga dengan mesin leg press di mana anda boleh latih hampir keseluruh otot kaki dengan menukar posisi kaki sahaja.

 

Cuba tengok rajah di bawah untuk rujukan!

leg press

 

Jadi, selepas ini tak ada lagilah alasan untuk tidak berlatih kaki sebab malas! Dengan duduk sahaja dan menukar posisi kaki, anda boleh latih semua bahagian kaki anda. Cuba lakukan setiap posisi 6-10 rep sebanyak 3-4 sep setiap satu. Rehat antara set ditekankan selama 60 saat sahaja. Siapkan bakul untuk anda tadah peluh juga sebab ia akan menyeksa jiwa dan fizikal anda!

 

Entri Oleh: Aiman Radzi (@TheTherabeast)