Latihan Bulking Selama 60 Minit Pun Dah Cukup

Ada yang bertanya dalam group WhatsApp, beliau sedang bulking tapi ditegur otai-otai kerana main banyak sangat jenis senaman. Katanya, bulking main kejap-kejap sahaja dan tak perlu buat macam-macam jenis set seperti superset, dropset, dan lain-lain. Adakah betul apa yang disampaikan?

 

Ada yang betul, ada yang kurang tepat. Memang betul, anda tak perlu main lama-lama, hatta untuk cutting sekali pun. Anda kena belajar untuk berlatih secara berkesan. Antara latihan terbaik yang menjimatkan masa dan berkesan untuk bina badan serta bakar lemak ialah latihan kekuatan.

 

Ada betulnya juga apabila dikatakan tak perlu buat semacam jenis set setiap set untuk setiap senaman. Mulakan dengan senaman kompaun yang berat dan akhiri workout anda dengan senaman isolation.

 

Yang kurang tepatnya adalah apabila dikatakan salah kepada cara latihan beliau sekarang. Sebenarnya, tak salah apa yang dilakukan selagi mana ia mengikut konsep asas latihan. Memang ada cara lebih baik, tetapi menyatakan satu cara itu salah sebenarnya tak betul. Menurut beliau juga, cara yang beliau lakukan sekarang memang ada hasil yang memuaskan.

 

Anda boleh berlatih ikut apa cara sekali pun, main berat atau main ringan, lama atau sekejap, satu jenis set atau macam-macam jenis, semuanya boleh selagi anda ikut 3 benda ini:

  1. Specificity
  2. Progression
  3. Overload

 

Selagi anda berlatih dengan tujuan untuk angkat lebih berat, untuk jadi makin kuat, untuk buat lagi banyak rep, untuk tingkatkan stamina, anda menghala ke arah yang betul.

 

Jika anda mahukan lebih banyak tips dan informasi fitness, apa kata anda ikuti https://deegymsupplement.com dan jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan produk-produk bina badan terbaik berkualiti tinggi di sini!

 

Komen Facebook