Latihan Cable Untuk Shoulder

Tak ramai guna cable untuk latih bahu. Mereka banyak guna freeweights dan machine sahaja. Maksudnya, mereka banyak guna dumbbell yang berat-berat dan letak bebanan terlalu banyak dekat mesin.

Apabila anda guna bebanan terlalu berat, anda menggalakkan momentum. Dengan kata lain, otot anda tak berkerja 100% kerana momentum dimasukkan ke dalam latihan anda. Berbeza dengan senaman yang dilakukan dengan penuh kawalan, ini lebih merangsang otot untuk membesar.

Ramai dah ada otot bahu hadapan yang kuat dan besar, tetapi untuk jadikan bahu anda lebih mantap, ands kena fokus pada otot bahu belakang dan tepi. Dan, susunan latihan juga adalah lebih baik mula dengan bahu belakang, tepi, dan kemudian depan. Kenapa? Anda kena banyakkan pada yang belakang sebab Admin jamin, anda dah banyak latih hadapan dari dulu lagi.

1- Seated Cable Rear Laterals

Lakukan secara dropset sebanyak 3 set. 10 rep, kemudian kurangkan berat dan lakukan lagi 10 rep, turun lagi dan 10 rep. Ini adalah 1 set, ulang lagi sampai 3 set.

2- Incline Cable Lateral Raise

Lakukan senaman ini sebanyak 3 set untuk 12 rep setiap set. Tahan seketika apabila di atas.

3- Cross-body Upright Cable Row

Yang ini pula, lakukan 3 set dengan 12 rep setiap set. Anda boleh lakukan banyak rep lagi tanpa menghabiskan sepenuh gerakan (partial rep) untuk cabar bahu anda lagi.

4- Parallel Grip Press

Terakhir, anda boleh gunakan dumbbell atau gunakan kabel jika anda ada alatnya (parallel-grip handle). Cuba gunakan sebarang bebanan dan buat 8 rep. Selepas itu, terus naikkan berat dan buat lagi 8 rep. Selepas itu? Naik dan buat lagi. Sampai dah tak mampu, rehat, dan turunkan bebanan semula dan ulang.

Entri: Aiman Radzi (@TheTheraBeast)

Komen Facebook