Saya yakin anda pernah dengar perkataan “kardio”. Saya juga yakin yang terlintas dalam fikiran kebanyakan daripada anda adalah berjogging.
Jenis latihan boleh dibahagikan mengikut kadar intensiti, iaitu kesusahan sesuatu senaman. Begini:
- Latihan berintensiti rendah: Seperti berjogging jarak jauh
- Latihan berintensiti sederhana: Rasa penat ada, tetapi biasa-biasa
- Latihan berintensiti tinggi: Anda bersenam sampai tercungap-cungap
Latihan juga boleh diklasifikasikan mengikut matlamat:
- Latihan kekuatan
- Latihan bina otot (hypertrophy)
- Latihan ketahanan
- Latihan penjanaan kuasa
Kurus atau gemuk, hendak bakar lemak atau bina otot, kita perlu ada asas dahulu iaitu asas teknik senaman dan kekuatan. Seorang jurulatih yang baik akan menstrukturkan satu program untuk mendidik klien mereka supaya menjadi lebih cekap dengan senaman-senaman, dan biasanya ia dilakukan melalui penstrukturan latihan kekuatan.
Apa kata anda cuba dahulu senaman bakar lemak ini, buat masa sekarang? Ini adalah contoh senaman berintensiti tinggi. Begini rutinnya:
- Burpees – 10 rep
- Squat – 20 rep
- Lunges – 15 rep
- Mountain climbers – 20 rep
- Plank – 60 saat
Burpees
Lunges
Mountain Climbers
Plank
Squat
Habiskan rutin ini dan rehat selama satu minit sebelum mengulang semula susunan rutin tersebut sebanyak 4 set keseluruhan (boleh kurang kalau baru bermula). Buat sebanyak 5 kali seminggu. Anda boleh tambah bilangan set setiap minggu (daripada 4 menjadi 5 dan kemudian 6..7..8..) jika ia semakin senang dan anda semakin kuat!
Ingat, jangan tertinggal sebarang info-info di laman ini jika anda ingin terus belajar dan belajar tentang dunia kecergasan!