Berapa lamakah latihan anda? Satu jam? Dua jam? Tiga jam? Jangan terkejut kalau Admin kata ada sahaja yang duduk di gym sampai 4-5 jam. Ya, Admin tak buat jenaka. Apa mereka buat di gym lama-lama? Admin pun tak tahu!
Sekarang, kita nak bincangkan antata latihan yang lama dengan yang sekejap. Biasanya, orang workout dalam 60 minit. Kalau anda workout kurang daripada itu, ramai kata tak cukup.
Sekarang, Admin nak anda fikir, kalau anda workout 60 minit sebanyak 4 kali seminggu, dengan anda workout 40 minit sebanyak 6 kali seminggu, sama atau tidak waktu workout anda? Semuanya 240 minit juga.
Workout terlalu lama dan melunyaikan badan dalam 1 sesi latihan tidak bagus. Sebaliknya, fokus untuk mengagihkan intensiti dan isipadu latihan anda kepada banyak hari. Masa latihan sebenarnya subjektif. 60 minit boleh jadi baik, boleh jadi memudaratkan. Kalau anda tak bagi peluang badan anda untuk recover dan melunyaikannya setiap kali anda pergi ke gym, ia boleh datangkan kesan negatif.
Apa Admin nak katakan ialah, anda kena agihkan intensiti anda. Biar latih kerap daripada latih sekali dua sampai teruk badan dikerjakan. Sama macam badan. Pernah dengar tips orang bagi, makan kerap dalam kuantiti kecil lagi bagus daripada makan besar tapi tak kerap? Sama dengan workout.
Kalau anda nak kerapkan workout, anda kena kurangkan rep dan set. Ini bermaksud anda kena main berat. 3-4 rep untuk 5-8 set boleh memadai. Berapa senaman? Bergantung, ada yang buat 4-5 senaman dengan maksimum 30-40 minit per sesi.
Ingat, Admin tak kata cara 60 minit salah, cuma ini adalah strategi lain yang anda boleh cuba.
Entri: Aiman Radzi (@TheTheraBeast)