Bulan Ramadhan sudah semakin hampir dengan kita. Ada yang merancang untuk berehat daripada gym, dan ada yang mahu teruskan. Banyak yang dilema untuk pergi ke gym kerana takut terlepas solat tarawih, tetapi sekarang banyak diam sudah buka sampai ke pagi khas untuk bulan Ramadhan ini.

 

Admin memang cadangkan anda berehat sahaja selama sebulan, tapi jika anda risau badan anda turun, apa kata anda pergi ke gym seminggu sekali pada bulan tersebut? Berikan badan anda cukup serasi untuk sekadar mengekalkan apa yang anda ada dari kekuatan, stamina, dan jisim otot.

 

Dengan melakukan latihan seminggu sekali berkonsepkan latihan kompaun latihan kekuatan, sudah cukup untuk sekadar memberikan rangsangan bagi elakkan daripada apa yang anda ada sekarang hilang. Itu juga penting, kerana ada bina, takkan nak hilangkan begitu sahaja?

 

Senaman yang betul anda utamakan latihan seminggu sekali ini ialah:

1- Bench press

2- Squat

3- Deadlift

4- Overhead Press

5- Deadlift

 

5 senaman ini sahaja sudah cukup untuk dilakukan dalam satu sesi secara 5 rep x 5 set. Jika digunakan dengan bebanan yang berat, maka anda akan rasa cukup letih di hujung-hujung. Itu bermakna anda memberikan badan anda rangsangan yang cukup.

 

Jangan lupa untuk guna supplement Mass Gainer daripada Superior14 sekarang untuk membantu mencukupkan nilai kalori harian anda dalam bulan puasa nanti!