Latihan Shoulder Dan Trapezius Dalam Satu Senaman

Untuk senaman yang sangat berkesan untuk membina shoulder dan trapezius dalam satu senaman, latihan kompaun menjadi pilihan. Kalau dapat senaman explosive, itu lebih baik, sama seperti senaman Admin nak kongsikan.

Senaman ini mudah sahaja, dilanggil cleand and press. Berbanding anda press daripada rack, anda akan mulakan dengan barbell di bawah.

Clean bermaksud and angkat dan baling barbell tersebut supaya barbell berada di tulang selangka, dalam posisi sedia untuk press. Pergerakan clean memerlukan sedikit momentum dan gerakan trapezius yang pantas untuk mengangkatnya.

Kemudian, dalam posisi sedia, akan boleh press seperti biasa. Sekarang, pilihan di tangan anda. Jika anda nak fokus pada shoulder, maka terus lakukan press untuk beberapa reps. Jika anda nak fokus untuk trapezius, pada setiap rep press, turunkan barbell semula ke lantai dan lakukan clean bagi setiap rep.

Lama kelamaan, clean anda akan jadi lebih berat daripada press. Maka, pada waktu ini, anda boleh lakukan push press iaitu dengan menghenjut sedikit barbell ke atas kepala.

Entri: Aiman Radzi (@TheTheraBeast)

Komen Facebook