Tahukah yang anda sepatutnya lebihkan front squat daripada back squat? Ini adalah atas faktor teknik dan juga keselamatan diri.
Squat ialah senaman yang sangat mementingkan teknik. Andaikan teknik perlaksanaan yang tidak betul, anda hanya akan meningkatkan risiko kecederaan. Kita bernasib baik kerana variasi front squat jauh lebih selamat dan berkesan jom kita amalkan.
Sebelum Admin ceritakan Kenapa anda patut buat front squat, Admin nak anda bayangkan satu situasi mudah. Kalau back squat anda secara tak sengaja terlari teknik, macam mana anda nak lepaskan bebanan? Agak susah sebenarnya kalau tak pandai. Untuk front squat, jika anda berada dalam situasi sama dan anda tak boleh berdiri semula, dengan mudah anda boleh lepaskan bebanan ke depan.
Admin nak ceritakan 2 benda untuk variasi squat ini. Pertama, front squat lebih mudah untuk dipelajari walaupun untuk orang pertama kali masuk ke gym. Back squat jauh lebih susah dan kebarangkalian untuk salah teknik adalah tinggi. Sebab itu, anda kena mahirkan front squat dahulu.
Kedua, front squat mengurangkan tekanan yang anda letak pada tulang belakang. Untuk back squat, tekanan mampatan jauh lebih tingg pada diskus spina (ruang antara tulang belakang) dan ini sebab ramai sakit belakang apabila squat. Front squat menangani masalah ini.
Cuba amalkan front squat 5 rep x 5 set untuk 2-3 kali seminggu. Lihat bagaimana penangannya.
Entri: Aiman Radzi (@TheTheraBeast)