Lebihkan Squat Untuk Permulaan

Bagi yang baru memulakan latihan bina badan, sebaiknya mereka bina asas yang kukuh. Maksud Admin di sini ialah, mereka perlu bina kekuatan teras yang baik.

Kekuatan teras maksud kekuatan dalam senaman-senaman utama dan juga kekuatan otot teras (dikenali sebagai core muscles). Dengan menguatkan bahagian-bahagian ini, anda nenyediakan badan anda dengan satu tapak untuk pembinaan otot yang mantap di masa hadapan.

Squat ialah inisiatif yang bagus dalam pembinaan kekuatan. Admin galakkan anda squat 3 kali seminggu sebagai permulaan. Kemudian, kurangkan kekerapan apabila kekuatan anda sudah meningkat dan penggunaan bebanan semakin berat.

Ada yang bertanya, otot lain tak latihkah? Masih lagi dilatih, kata kuncinya di sini ialah melebihkan squat. Tidak bermakna anda boleh tinggalkan senaman bahagian lain.

Gunakan Superior Mass daripada Superior14 untuk mendapat kesan maksimum pembinaan otot!

Komen Facebook