Bergantung pada leg day di sahaja kadangkala sangat membosankan. Bagi Admin, yang paling membosankan ialah apabila tiba masa untuk melakukan squat.

 

Jadi, semalam Admin buat satu rutin baru untuk gabungkan cardio dengan latihan kaki dalam satu rutin. Memang terbakar tapi seronok! Cuma, waktu nak pulang ke rumah, merangkak jugalah nak turun tangga.

 

Superset 1

Kettlebell Squat

Trap Bar Deadlift

 

Gunakan kettlebell yang dipegang secara front squat dan lakukan 5 rep squat. Terus, superset dengan trap bar deadlift sebanyak 5 rep juga. Ulang sehingga 5 set.

 

Superset 2

Bodyweight Lunges

Trap Bar Deadlift

 

Lakukan lunges setempat sebanyak 10 repitisi, iaitu 5 kiri dan 5 kanan. Terus, buat 1 sahaja deadlift menggunakan bebanan yang lebih berat daripada sebelum ini. Kemudian, terus ulang kembali melakukan lunges untuk set seterusnya. Kesemuanya ada 5 set.

 

Superset 3

Dumbbell Farmer’s Walk

Trap Bar Deadlift

 

Ambil sepasang dumbbell berat dan bawa pusing gym sekurang-kurangnya 30 saat. Kemudian, kembali ke tempat deadlift dan buat 1 rep deadlift menggunakan bebanan yang lagi berat. Ulang sebanyak 5 set.

 

Kesemua ini dilakukan dengan rehat di bawah 2 minit antara set. Selamat mencuba!