Leg Press 3 Saat Setiap Rep

Leg press adalah senaman yang sangat bagus untuk bina otot kaki. Pedulikan yang kecam leg press sebab rasa squat sudah mencukupi. Kalau anda nak kaki monster, anda kena buat leg press! Tetapi, dengan cara yang betullah.

Ada satu teknik dipanggil 3-second descent ataupun teknik turun 3-saat. Apabila anda buat leg press dengan cara ini, anda dapat kurangkan penggunaan bebanan yang banyak. Satunya, anda tidak penat untuk susun dan simpan plate. Dua, anda dapat share sikit plate yang banyak-banyak dengan pengguna lain! Dan ketiga, anda kurangkan risiko kecederaan sebab bebanan anda guna tak seberat yang biasa anda buat.

Mereka yang menggunakan teknik ini juga didapati dapat membina otot aductor (peha bahagian dalam) dengan lebih baik. Ini adalah otot yang penting untuk nampakkan kaki anda seperti kaki champion.

Tetapi, untuk buat teknik ini, anda digalakkan untuk berlatih bersama seorang kawan. Takutnya, kalau buat seorang, anda tak disiplin! Kawan anda akan kira “satu ribu satu… satu ribu dua…satu ribu tiga”. Kenapa sebut “satu ribu”? Ini untuk pastikan kiraan saat anda adalah betul dan tidak mengelat.

Jadi, anda akan turun tiga saat tersebut dan terus tolak semula. Apabila tolak, pastikan lutut tidak terlalu lurus atau lock. Ini adalah sangat berbahaya! Apabila anda tolak dan tidak lock juga, akan akan kekalkan tekanan pada otot, bukannya pada sendi lutut.

Komen Facebook