Kebelakangan ini kita kerap lihat ramai artis artis lelaki malaysia berbadan sado. Kebanyakkan mereka buat badan atas arahan produksi filem bagi menginginkan mereka berbadan sado untuk filem terbaru mereka.
Tak terkecuali juga yang buat badan sado atas minat sendiri . Jika dilihat dari instagram dan facebook mereka rata-rata yang comment adalah golongan wanita. Mereka sangat teruja lihat lelaki sado.
Ini kerana kebanyakkan lelaki yang mereka lihat berbadan kurus, gemuk, buncit, dan tidak tegap. Ini antara 5 sebab Utama Kenapa Gadis-Gadis ini sukakan lelaki sado
1) NAMPAK LEBIH MACHO
Betul lelaki sado nampak lebih macho lebih-lebih lagi jika mereka pakai t-shirt Fit yang menampakkan otot bicep sambil lengan berakar. Ini membuatkan mereka lebih berbangga jika berjalan dengan lelaki sado kerana ramai yang memandang pada teman lelaki mereka.
Tapi, hati- hati ramai yang memandang dan ramai juga yang mengusha. Tu anda kene jaga penampilan anda juga.
2) LEBIH PANDAI BERFASHION
Lelaki sado lebih pandai mengikuti dunia fashion berbanding lelaki kurus dan gemuk. Ini sebab kebanyakkan model-model fashion berbadan sado. Jadi mereka hanya tiru fashion mereka membuatkan penampilan mereka lebih up to date. Xdelah nampak pakai fashion zaman 90an lgi dengan seluar kembang bawah.
Gadis-gadis remaja kini amat menyukai lelaki yang pandai berfashion walaupun mula tak hensem tapi jika dia berbadan sado dan pandai berfashion tu sudah cukup buatkan diri mereka nampak macho dan bergaya.
3) RASA LEBIH SELAMAT
Tak di nafikan gadis-gadis kini akan rasa lebih selamat jika dengan lelaki sado. Siapa berani kacau atau usik jika sebelah dia lengan berurat bicep tertimbul besar. Jika sekali kene pasti makan nasi dengan straw sebulan.
4) HORMON TESTOSTERON TINGGI
Jika anda kahwin dengan lelaki sado berkemungkinan untuk dapat anak tinggi sebab hormon mereka tinggi. Hormon tinggi dapat mengeluatkan sperma yang berkualiti dan mencukupi.
Kebiasaanya lelaki sado akan ambil Supplement untuk hormon mereka bagi membina otot-otot badan. hormon sangat penting untuk perkembangan Size otot, tenaga, kekuatan semasa latihan dan libido lelaki. Jadi Tu bonus untuk para gadis sekalian.
5) SANGAT BERDISIPLIN DALAM KEHIDUPAN HARIAN
Jika anda kaji pasal bina Otot, Bukan mudah nak bina otot badan melainkan dengan disiplin tinggi. Tanpa disiplin tingggi mustahil untuk bina otot badan. Mereka perlu disiplin dari setiap sudut termasuk pemakanan, senaman, rehat, wang ringgit dan masa.
Dengan itu secara automatik mereka sudah terbiasa dengan disiplin harian mereka. Para gadis sudah pastinya amat sukakan lelaki yang berdisiplin. Bukan sudah kahwin basuh pinggan sendiri pun malas.