Anda bodybuilder, atau anda atlet atau anda mempunyai badan yang fit. Tidak kira siapa anda pun semua akan mengalami perkara sama iaitu lemak badan. Namun, anda nak biarkan ia membiak atau anda ingin menghilangkannya itu adalah pilihan anda.
Satu teknik untuk anda menghilangkannya adalah dengan “puasa berselang” atau dengan istilah yang lebih mesra “intermittent fasting”.
Apa itu intermittent fasting?
Ia adalah suatu cara meminimakan pengambilan kalori dalam tempoh masa yang sekejap. Anda tidak perlu berpuasa selama 24 jam malah cukup dengan berpuasa selama 8-10 jam.
Anda mungkin pernah dengar sebelum ini kerana ramai artis-artis hollywood mengamalkannya tetapi tidak ramai tahu keberkesanannya. Dan ini sebabnya:
1. Memudahkan pengurangan kalori
Jika anda mengambil sedikit kalori daripada jumlah kalori yang anda guna, anda akan dapat membakar kalori dengan cepat. Ini menyebabkan lemak akan mudah dibakar.
2. Meningkatkan penghasilan hormon tumbesaran
Penghasilan hormon tumbesaran ini menjadi keperluan dalam membina otot dan membakar lemak. Apabila anda meningkat tua, hormon ini akan kurang dihasilkan menjadikan lemak badan semakin sukar dibakar. Tetapi, dengan berpuasa ini terbukti meningkatkan penghasilan hormon tumbesaran ini. Lemak juga akan mudah dibakar.
3. Membantu mengawal selera makan yang berlebihan
Jika anda bermatlamat mrmbina otot dan menambah berat, berpuasa tidak sesuai untuk anda kerana anda perlu makan dengan lebih. Jadi untuk anda yang sedang gigih menurunkan berat dan menghilangkan lemak, cara ini amat sesuai untuk anda.