Biasa anda breakfast pukul berapa? Dalam pukul 6-7 pagi, bukan? Ada juga yang breakfast lagi awal, seawal jam 5 pagi sebab nak bersedia untuk pergi ke tempat kerja. Ini dah menjadi kebiasaan kita semua untuk breakfast awal pagi, dan ia sesuatu yang bagus.
Breakfast dikatakan sebagai raja pemakanan. Kalau anda rak makan breakfast, badan anda susah nak berfungsi dengan baik. Maksud fungsi di sini lebih kepada tenaga. Dengan kata lain, kalau anda tak breakfast, badan anda mudah untuk jadi lesu.
Betul, lantas menegaskan ayat “tidak mengambil” dan bukan lewatkan. Tapi, kalau nak diikutkan, breakfast adalah apa-apa sahaja yang anda makan untuk pertama kali pada hari itu. Contohnya, anda makan pukul 12 tengahari, memanglah pada waktu lunch, tetapi itulah breakfast anda sebab itu makanan pertama. Pecahkan perkataan breakfast kepada “break” dan “fast”, maksudnya “pecah puasa”. Anda tak makan dari malam, sampai tidur, sehingga pagi, ibarat seperti berpuasalah. Kemudian anda makan, maka pecahlah puasa.
Sekarang, pukul berapa anda dinner? Biasanya dalam pukul 7-8 malam begitu. Pun tak ada masalah. Ada yang makan sampai lewat malam, dan ada juga yang mengamalkan supper. Selagi anda kawal kuantiti, semuanya boleh diamalkan.
Teknik makan breakfast lewat dan awalkan dinner adalah sebahagian daripada teknik intermittent fasting. Teknik ini terkenal dengan kebolehannya untuk membakar lemak dengan pantas selain memberikan badan anda kesegaran serta tenaga yang babyak. Anda akan breakfast pada pukul 10 pagi, dan makan malam terakhir anda adalah pada pukul 6 petang. Dalam tempoh 10-6 itu, anda kena makan mengikut keperluan kalori anda.
Apa beza antara intermittent fasting dengan ibadah puasa. Satunya, niat. Keduanya, masa yang kita berpuasa. Ibadah puasa memerlukan kita untuk puasa di waktu matahari terbit sampai terbenam. Intermittent fasting akan berpuasa pada waktu malam (kita tidur). Satu lagi beza, anda boleh minum air waktu melakukan intermittent fasting.
Kalau anda boleh mengamalkan ibadah puasa, itu adalah lebih baik. Mungkin Isnin dan Khamis, anda lakukan ibadah puasa. Hari lain, anda boleh buat intermittent fasting. Jadi, kedua-duanya anda boleh amalkan.
Kelebihan mengamalkan intermittent fasting adalah pada pengawalan nafsu dan juga melatih badan untuk meningkatkan keberkesanan dan efficiency utilisasi tenaga dalam badan. Ramai atlit (bina badan, strongman, powerlifter) mengamalkan intermittent fasting dan mendapat kesan baik. Apa kata anda cuba juga?
Entri: Aiman Radzi (Fisioterapi)