Siapa yang tidak kenal senaman push up, senaman yang saya kira terkenal di kalangan semua peringkat umur dan jantina. Senaman ini termasuk dalam senaman kompaun yang melibatkan beberapa otot dan melibatkan hampir keseluruhan badan.

Namun ada kesalahan berat yang membuatkan anda mungkin tidak mencapai hasil yang maksima dari senaman ini.

Apa kesalahannya?

Kedudukan siku

Kedudukan siku yang biasa menjadi kesalahan adalah pada kedudukan 90° darjah. Kedudukan yang setara dengan kedudukan bahu ini merisikokan bahu anda untuk mengalami kecederaan dan membuatkan dada anda kurang tekanan.

Jadi apa kedudukan siku yang terbaik?

Kedudukan siku yang terbaik adalah pada 10-20°, tetapi kedudukan 45° juga masih baik dan bagus.

Jadi betulkan kedudukan siku anda selepas ini untuk memberi kesan yang terbaik semasa push-up.

Entri Oleh: Fakhrul Islam