Hardgainer ialah mereka yang susah nak bina otot, susah nak naikkan berat badan. Ramai yang mempunyai masalah begini dan ramai tewas dengannya.

Punca kepada masalah ini boleh jadi daripada:

Setiap orang mempunyai profil genetik tersendiri. Jika semua sama, maka semua boleh jadi Mr. Olympia. Sebaliknya, hanya mereka yang benar-benar berbakat sahaja yang boleh sampai ke tahap itu.

Sama dengan sukan-sukan lain. Tak semua boleh jadi Nicole David, Usain Bolt, Tiger Woods, dan lain-lain. Kerana apa? Mereka dianugerahkan dengan genetik khas untuk sukan mereka.

Kita tak boleh salahkan genetik 100%. Meskipun genetik kita bukanlah terbaik untuk bina badan, tidak bermakna anda tak boleh membina otot. Semua boleh, caranya sahaja berbeza. Pendekatan anda berlainan dengan orang lain.

Apa yang anda boleh buat dalam hal ini ialah:

1- Fokus Pada Latihan Metabolik

Anda tak perlu main terlalu berat dalam kadar rep rendah. Ini kerana kebolehan anda untuk memperbaiki sel otot tidak begitu laju seperti yang mudah bina otot. Jadi, anda kena kurangkan kerosakan otot yang intensif. Fokus pada senaman berbenanan sederhana. Satu set anda bertahan dalam 40-70 saat (maksudnya banyak rep).

2- Elakkan Kardio Pada Hari Main Besi

Asingkan latihan kardio dengan latihan besi. Paling penting, anda kena kurangkan kardio. Latihan kardio boleh tingkatkan kenaikan hormon yang menyekat pertumbuhan otot.

3- Makan Jauh Lebih Banyak

Ini paling penting kerana berat dan otot bergantung pada pemakanan, bukan pada latihan sangat. Anda kena makan banyak, dan kalau anda rasa dah banyak, sebenarnya anda kena makan lagi banyak. Jika dah betul banyak, anda akan naik berat.

Entri: Aiman Radzi (@TheTheraBeast)