Ada beberapa STRATEGI untuk pastikan anda tidak berhadapan dengan PLATEAU!
Kalau anda dah mula menunjukkan simptom-simptom plateau; tiada progress, prestasi menurun, atau makin menjadi-jadi letih, cuba gunakan strategi deload ini:
Nota – Deload bermaksud mengurangkan tekanan ransangan untuk seketika (5-10 hari) bagi membenarkan badan menerima stimulasi baru.
1. Deload intensiti
Menggunakan beban 10-20% lebih ringan daripada biasa tetapi kekalkan dengan jumlah rep dan set yang selalu dilakukan.
2. Deload isipadu
Menggunakan beban yang sama seperti biasa (berat) tetapi hanya kurangkan jumlah rep dan set kepada 40-50% lebih rendah daripada biasa. Kalau biasa buat 4 set 10 rep, boleh cuba 3-4 set untuk 5 rep.
3. Deload kekerapan
Mengurangkan jumlah latihan dalam seminggu. Jika anda pergi ke gym 6 hari seminggu, kurangkan kepada 3 kali sahaja untuk seminggu atau dua.
Strategi ini adalah untuk memberikan badan anda rehat supaya ia boleh melakukan lebih lagi pada masa akan datang. Deload dalam seminggu dua sahaja.