Macam Mana Nak Bagi Bicep Cepat Besar

Bicep merupakan salah satu otot yang selalu menjadi perhatian ketika anda sedang memakai baju. Ini kerana otot pertama yang akan dilihat adalah besar mana size bicep anda. Latihan yang betul member hasil yang terbaik untuk pembentukan otot bicep anda.

Jom ketahui tips-tips besarkan otot bicep dengan cara yang lebih efisen:


1) Lakukan pergerakkan yang betul : Lakukan pergerakkan yang betul yang mana lakukan angkatan dumbbell secara tekanan pada otot bicep dan turunkan secara perlahan bagi pembentukan otot yang efisen.

2) Tambah beban: Tambah beban setiap set yang anda lakukan. Ini akan membantu otot bicep anda menerima lebih tekanan dari awal beban latihan.

3) Pelbagaikan jenis latihan bicep anda: Katakan anda sudah lama melakukan set 12-10-8 tetapi hasil yang sama setiap hujung bulan. Apa kata anda tukar kepada 3 set untuk 20 reps pada beban yang sama. Ini sedikit sebanyak mengelakkan otot anda menjadi bosan pada satu jenis set latihan yang sama.

4) Lepaskan kekuatan pada set terakhir : Cara ini mungkin boleh membantu anda yang mana di setiap akhir set anda lakukan beban yang paling berat anda lakukan. Cukup untuk sekadar 1-3 reps yang mana ketika itu anda telah memberi tekanan yang luar biasa pada otot bicep anda.

5) Lebihkan secara manual dari menggunakan mesen: Mungkin ramai di kalangan kita suka melakukan senaman bicep menggunakan mesen. Tidak salah tetapi anda perlu lebihkan secara manual kerana itu lebih efisen dari menggunakan mesen. Lihat sahaja otot bicep zaman dahulu dan kini. Berbeza bukan

6) Senaman yang lebih baik dari sebelum: Pastikan anda belum berpuas hati dengan hasil latihan sebelum ini yang mana anda perlu melakukan yang terbaik pada hari ini berbanding sebelum ini. Anda perlu tingkatkan setiap latihan yang anda lakukan untuk hasil yang lebih baik dari semalam.

Komen Facebook