Macam Mana Nak Bina Tangan Besar?

Antara body part yang orang akan lihat dulu dan berkata yang anda nampak sado ialah bahagian tangan. Kalau tangan memang saiz besar, dah tak perlu pakai baju kecil-kecil dan tak payah curi baju adik anda nak paki bawa berjalan-jalan.

Mempunyai sepasang tangan yang memukau biasanya adalah misi yang mempunyai prioriti tertinggi dalam kebanyakan penggemar dunia besi, tak kira bina badan, powerlifting, strongman, crossfit, dan lain-lain. Malah, yang tak workout pun kadang-kadang pasang niat nak tangan besar, sampai sanggup inject synthol nak bagi nampak besar.

Takkan anda tak mahukan tangan yang besar? Kalau anda main gym, biasanya itulah bahagian yang anda akan latih dan inginkan untuk besar dahulu. Kalau anda tak main gym, lainlah ceritanya.

Salah seorang lagenda yang mempunyai tangan yang cukup mantap bernama Sergio Olivia. Apa yang menyebabkan tangannya nampak lain daripada yang lain? Cuba anda Google gambar-gambar dan beritahu saya sendiri apa yang anda nampak pada physique-nya? Bagi saya (dan ramai yang bersetuju), beliau mempunyai forearm yang sangat padu, menjadikan physqiue beliau lagi “garang”!

Permulaan Olivia

Dahulunya, Sergio Olivia merupakan atlit angkat berat. Kalau anda masih belum perasan, atlit-atlit angkat berat bertaraf professional secara semula jadinya memiliki upper back dan forearm yang mantap. Sebab apa? Mereka banyak melakukan gerakan explosive seperti clean, high pull, deadlift, dan macam-macam lagi.

Menggunakan sejarah Sergio Olivia untuk kelebihan kita sekarang, apa yang kita boleh manfaatkan ialah untuk mula belajar dan melebihkan latihan explosive ke dalam rutin bina badan kita. Mungkin senaman untuk angkat berat (clean and press, jerk, snatch) susah nak diajar, jadi apa kata anda cuba senaman-senaman yang diamalkan atlit strongman? Mereka sangat mementingkan daya letup (explosiveness) dan jika anda juga mementingkan benda yang sama, tengok sahaja otot-otot anda “meletup” akibat terlalu besar nanti!

Dalam masa yang sama, anda kena juga buat senaman yang sederhana ringan untuk banya reps. Anda kena lebihkan prioriti kepada latihan untuk membina tekanan otot. Memang latihan berat dan explosive berkesan, tapi ia akan jadi lebih berkesan jika anda sekalikan dengan latihan hypertrophy-specific.

Entri oleh: Aiman Radzi (@TheTherabeast)

Komen Facebook