Bulking adalah fasa untuk membesarkan badan, tetapi ramai yang tersilap buat. Apa yang jadi ialah perut mereka yang membesar, otot naik sikit sahaja. Itu satu hal, ada yang tanya macam mana nak kempiskan perut masa bulking, maksudnya nak cutting waktu bulking. Lagi susah tu!

Tapi, jangan risau, ada cara nak kempiskan perut anda waktu bulking. Cara yang paling utama untuk mengempiskan perut ialah dengan memakan secara clean dahulu. Kalori yang anda ambil juga haruslah tinggi sedikit sahaja daripada keperluan. Biasanya, bulking dibuat dengan 500kcal lebih daripada keperluan. Sebagai contoh, kalau anda perlukan 3000kcal sehari, maka bulking dilakukan pada 3500kcal sehari.

Cara pertama yang anda boleh buat adalah dengan kurangkan sedikit lebihan kalori tersebut. Daripada 3500kcal, ambil 3200kcal sahaja. Dengan menghadkan sedikit kalori, anda boleh kurangkan kemungkinan untuk peningkatan lemak. Beringat, lemak naik sebab anda terlebih kalori banyak sangat. Sebab itu kena makan clean dan berjaga dengan nilai kalori.

Kemudian, apa yang anda boleh buat ialah melatih otot transverse abdominis anda dengan melakukan senaman abdomen seperti vacuum. Dengan menguatkan otot ini, ia akan memperketatkan bahagian pinggang anda. Ibarat seperti memakai tali pinggang lebih ketat, itulah fungsi otot ini (sebagai tali pinggang natural). Ada banyak cara untuk lakukan vacuum, pilih mana-mana dan amalkan sahaja selalu.

Bagusnya senaman vacuum ialah, ia boleh dilakukan pada bila-bila masa. Hatta, semasa anda menunggu lampu trafik bertukar daripada merah kepada hijau pun boleh buat. Atas motor, dalam kereta, tengok TV, semua boleh! Belajar sahaja cara dan buat. Tak ada alasan lagi kalau perut memboyot.

Entri: Aiman Radzi (@TheTherabeast)