Pernah dengar tak orang kata, kalau main berat kena buat banyak set tapi sikit rep. Kalau nak main banyak rep, kena main ringan. Orang guna fahaman ini untuk bulking dan cutting, di mana bulking adalah masa untuk main berat dan cutting main ringan.

 

Yang pertama, anda tak perlu bezakan bulking dan cutting melalui ringan dan berat sebab kedua-duanya sepatutnya menggunakan bebanan berat. Masa cuttinglah anda kena kekalkan bebanan berat untuk menjaga jisim otot!

 

Kemudian, siapa kata kalau nak main banyak rep kena main ringan? Bukanlah sampai ringan, tetapi sederhana berat. Kalau anda buat 10-15 rep dan boleh bersembang dengan kawan lagi, anda guna bebanan yang terlalu ringan. Sepatutnya, anda kena sasarkan selepas habis 10-15 rep, nafas anda tercungap-cungap juga, macam anda main berat untuk 5 rep x 5 set. Intensti begitu mestilah sama.

 

Apa guna bersenam kalau habis set masih boleh senyum? Tujuan anda angkat berat adalah untuk mencabar otot anda supaya mereka membesar. Kalau anda nak main banyak rep, anda kena gunakan bebanan yang tetap bagi anda termengah-mengah selepas habis rep yang banyak tersebut!

 

Sebagai contoh, kalau anda buat 10 rep guna 50kg untuk bench press, sedangkan anda boleh buat 15 rep dengan bebanan yang sama, maka itu bukan teknik yang berkesan. Sebaliknya, gunakan bebanan tersebut dan buat high reps sampai anda rasa letih. Ada sistem kita panggil RPE, tetapi nak cerita yang itu jadi panjang pula.

 

Pendek kata, main banyak rep atau sikit rep, sasaran anda adalah untuk berlatih pada intensiti tinggi, di mana anda rasa kekurangan nafas dan termengah-mengah. Itu baru cabaran pada otot anda!

 

Jika anda perlukan lebih banyak tips dan panduan bina badan, layari Dee Gym Supplement supaya anda tidak ketinggalan lagi.

 

Entri: Aiman Radzi (@TheTheraBeast)