Ada soalan yang selalu diajukan kepada admin, iaitu berkaitan dengan mereka yang tak mampu pergi ke gym dan hanya boleh berlatih menggunakan bar. Adakah latihan bar boleh membesarkan badan (bina badan)?
Jawapannya, boleh! Tetapi, jika anda hendak sama besar dengan mereka yang berlatih di gym, tentunya sangat sukar untuk mencapai tahap tersebut. Kalau soalan anda boleh atau tidak membesar, memang boleh.
Latihan bar adalah latihan yang menggunakan berat badan sendiri sebagai bebanan. Tiga senaman utama yang anda kena buat apabila buat bar ialah pull up, dip, dan squat. Tambahan lagi senaman aksesesori seperti inverted row, push up, dan pistol squat.
Yang menjadikan latihan bar agak susah untuk membesar seperti orang yang bermain gym adalah dari segi progressive overload di mana anda kena cari tambahan beban untuk menyukarkan lagi senaman anda. Kalau dekat gym, memang dah bersepah beban merata senang cari dan tambah sendiri. Main bar, anda kena beli atau buat sendiri bebanan anda.
Sayangnya, main bar akan menyekatkan anda untuk squat dan deadlift yang berat-berat. Saranan saya, meskipun anda kekurangan bajet untuk ke gym, carilah gym yang murah untuk walk-in seminggu sekali-dua untuk squat dan deadlift heavy. Ini akan tingkatkan lagi rangsangan hypertrophy otot seluruh badan.