Semalam, kita baru langsungkan event istimewa tahun ini iaitu event meet and greet bersama atlit-atlit terkemuka di dunia. Kita bawa masuk 2 orang atlit iaitu Atok Zali dari Brunei, dan Michael Lockett dari Amerika Syarikat.

Antara soalan yang diajukan semalam ialah berkaitan fasa cutting. Bagaimanakah mereka melakukan cutting, dari segi pemakanan dan latihan. Adakah mereka berlatih dengan bebanan ringan ataupun bebanan berat?

Ini merupakan antara soalan yang paling popular dalam dunia bina badan. Semua nak tahu, adakah kita perlu bermain dengan bebanan ringan dan melakukan banyak rep (high reps) semasa kita hendak cutting?

Jawapannya sebenarnya adalah, TIDAK SEMESTINYA. Kenapa anda sebenarnya tidak perlu buat banyak rep dengan bebanan ringan semasa cutting sepanjang masa? Kalau tidak buat begitu, macam mana lagi nak cutting?

Sebenarnya, tak ada perbezaan ketara dalam latihan untuk bulking dan cutting. Yang membezakannya adalah pemakanan di mana anda akan makan lebih banyak kalori semasa bulking. Anda perlu campur-campur latihan berat dan ringan untuk capai kepadatan otot yang baik.

Kenapa anda perlu masukkan juga main secara heavy semasa fasa cutting?

  1. Ia akan bakar lebih banyak kalori.
  2. Merangsang pengekalan otot.
  3. Merembes lebih banyak hormon testosteron.
  4. Membakar lebih banyak lemak.

Walaupun begitu, ia tidak bermakna anda tidak perlu main high reps. Main secara high reps akan tingkatkan metabolisme dengan baik, lagi-lagi kalau anda buat superset dan dropset. Utamakan main heavy dahulu, kemudian baru main ringan high reps.

Otot kita kekal besar dengan bermain heavy, dan otot kita boleh pula mengecil kalau kita tinggalkan yang heavy. Anda kena masukkan stimulasi yang sama untuk mengekalkan jisim otot, lagi-lagi semasa cutting.

Ini adalah antara jawapan yang diberikan oleh kedua-dua atlit kita semalam. Rugi anda tak turut serta dalam event itu! Kita siap buat diskaun 20% lagi, tapi kini sudah tamat.

Entri: Aiman Radzi