Ada yang suka main gym, ada yang suka main bar. Setiap orang mempunyai minat yang berbeza-beza, tetapi matlamatnya sama sahaja iaitu untuk menjadi lebih aktif, cergas, dan kuat.
Dalam masa yang sama, ada orang yang meminati kedua-duanya sekali. Jadi, mereka ingin melakukan kedua-duanya tetapi risau jika ia boleh mendatangkan kesan buruk. Betulkah anda tidak boleh menggabungkan kedua-dua jenis latihan ini?
Tidak benar sama sekali! Anda masih boleh main bar meskipun anda main gym dan begitu juga sebaliknya. Yang penting ialah anda cukupkan kuantiti pemakanan anda, cukupkan rehat, dan pastikan program anda berstrategik. Ramai sahaja abang sado yang main gym dan main bar, contohnya seperti atlet-atlet crossfit.
Tetapi, bilakah masa yang sesuai untuk main bar dan bilakah masa sesuai untuk main gym? Ia bergantung kepada matlamat anda. Jika anda fokus pada membina badan, utamakan dahulu latihan gym dan lakukan latihan bola lebih kurang sekali atau dua kali seminggu. Jika anda yang jenis berjimat dan tidak begitu kerap pergi ke gym, maka utamakan latihan bar.
Tiada sebarang masalah untuk menggabungkan kedua-dua jenis latihan ini, malah ia boleh mendorong kepada hasil yang lebih berkesan.
Kalau nak lagi mantap, gunakan Superior Mass daripada jenama Superior14 untuk mendapat kesan maksimum pembinaan otot daripada latihan anda!
Entri: Aiman Radzi (@ TheTheraBeast)