Orang cutting nak bakar lemak, kenapa pula anda nak makan lemak? Bukankah ia jadi bertentangan? Inilah silapnya orang apabila mendengar lemak. Selalunya, ramai akan anggap yang lemak dalam makanan adalah jahat sedangkan ia turut memainkan peranan penting dalam kesihatan kita.
Orang fikir makanan berlemak adalah punca kegemukan utama, walhal yang utamanya adalah terlebih karbohidrat. Memang lemak tinggi kalori, tetapi orang kita banyak lebihnya pada karbohidrat (disekalikan dengan lemak juga).
Mitos cutting yang tidak benar adalah seperti tidak boleh memakan karbohidrat langsung, sama juga dengan tidak boleh makan lemak langsung. Yang betul adalah anda perlu menghadkan dan berjaga-jaga dalam pemilihan makanan berlemak.
Sepatutnya, anda perlu ambil lemak-lemak sihat seperti yang terdapat dalam kekacang, minyak zaitun, buah-buahan seperti alpukat, dan ikan-ikan untuk menggalakkan kesihatan jantung serta membakar lebih banyak lemak dalam badan semasa proses cutting!
Apa-apa pun makanan berlemak yang anda pilih, ambil dalam kadar sederhana sahaja. Bukan sebab anda takutkan lemak, tetapi lemak adalah nutrisi yang kaya dengan kalori. Takut-takut, anda terlajak kalori, dah bukan jadi cutting tetapi bulking pula.
Satu lagi tip, kurangkan makanan berlemak sebelum workout. Sebabnya, lemak lebih susah sedikit untuk dihadam dan mengambil masa yang lama. Ini akan buat anda berasa seperti malas-malas. Kita tak mahu perasaan tersebut muncul semasa kita workout sebab fokus 100% adalah kemestian semasa kita berlatih!
Entri: Aiman Radzi