Anda boleh fikirkan pemakanan kepada dua kumpulan, iaitu makanan yang membina otot dan makanan yang memberikan tenaga. Ini adalah konsep yang tersangat mudah. Gunakan konsep ini kalau anda memang rasa susah sangat nak fahamkan tentang pemakanan ataupun rasa seperti malas nak mendalami ilmu pemakanan.

Makanan Yang Membina Otot

Image result for protein and fat

Kumpulan makanan ini adalah kegemaran ahli bina badan. Makanan dalam kumpulan ini kaya dengan protein dan juga lemak. Fokus kepada pengambilan lemak-lemak yang sihat.

  1. Daging
  2. Telur (putih sahaja atau sekali dengan kuning)
  3. Ayam (dengan atau tanpa kulit)
  4. Ikan (dengan atau tanpa kulit)
  5. Butter
  6. Minyak kelapa
  7. Minyak zaitun
  8. Susu
  9. Broccoli
  10. Kekacang (kacang tanah, almond, walnut, dan lain-lain)
  11. Keju
  12. Udang

Makanan Yang Memberi Tenaga

Untuk kumpulan makanan ini pula, ia adalah makanan yang kaya dengan karbohidrat. Kalau kumpulan yang tadi, dikira anda boleh makan banyak-banyak, kumpulan makanan yang ini pula jangan berlebih-lebih. Janganlah pula kurang sangat kumpulan makanan sini, nanti tak ada tenaga. Jangan terlebih-lebih juga sebab senang gemuk.

  1. Keledek
  2. Kentang
  3. Nasi
  4. Roti
  5. Makanan daripada gandum
  6. Oat
  7. Buah-buahan
  8. Sayur-sayuran
  9. Nasi beras perang
  10. Pasta

Gula juga memberikan tenaga, tetapi gula dikira jenis karbohidrat yang mudah. Terlebih ambil gula boleh menyebabkan anda keletihan meskipun bertenaga untuk seketika pada awal-awal. Bukan itu sahaja, berat badan pun senang melonjak kalau ambil gula banyak!