Sekarang, ramai yang keliru dengan kepentingan makan untuk bina otot. Lebih jelas lagi, ramai keliru nak makan apa selepas workout. Ada yang mewajibkan makan protein selepas workout. Adakah ini betul?

Pemakanan adalah faktor yang sangat penting untuk bina otot dan bakar lemak. Jika anda tak jaga pemakanan, maka ia akan mempengaruhi hasil yang anda inginkan.

Untuk pengetahuan anda, semasa workout badan anda menggunakan glycogen dalam otot. Glycogen ini daripada “gula” ataupun karbohidrat. Inilah sumber tenaga utamanya dan badan akan bakar ini dahulu. Lagi-lagi bagi yang main besi, penggunaan glycogen dalam otot adalah lebih efficient.

Jadi, selepas workout, badan anda akan kekurangan glycogen dan ia masih memerlukannya untuk berfungsi dengan baik. Selepas workout, apa yang anda mahukan? Anda mahu otot anda berkerja untuk proses pemulihan pula. Tetapi, anda kekurangan glycogen, macam mana?

Sebab itu, selepas workout, yang paling penting untuk anda ambil ialah karbohidrat, bukanlah protein. Memang protein masih perlu diambil selepas workout tetapi tidak sepenting karbohidrat. Ambil buah untuk karbohidrat ringan atau sedikit roti. Kemudian, barulah ambil protein.

Lagi, apabila anda ambil karbohidrat dahulu, anda meningkatkan tahap penyerapan nutrisi ke dalam otot. Secara tak langsung, anda turut meningkatkan peluang otot untuk menyerap lebih banyak protein dan ini membantu proses pemulihan dan pembinaan otot.