Sebelum berkongsi tentang makanan diet pre workout anda kena faham apa itu pre workout.

Anda harus tahu bahawa dalam badan kita ada batasan tenaga yang kita akan capai lebih-lebih lagi semasa workout. Yang membezakan adalah tahp tenaga dan berapa lama ia mampu bertahan mengikut tahap kecergasan individu. Jadi inilah fungsi pre workout iaitu makanan atau supplemen yang membantu meningkatkan kadar tenaga dalam badan dan membantu prestasi anda ketika sedang workout. Jadi ini adalah cadangan hidangan untuk anda.

1. Roti wholemeal yang dibakar bersama pisang

Kedua makanan ini membekalkan carbs yang baik dan mudah di mana keduanya diperlukan bagi menggerakkan potensi tenaga semasa workout. Ia juga mudah dihadam.
Pisang pula membekalkan potassium yang membekalkan tenaga ekstra kepada individu yang melakukan senaman HIIT.

2. Greek yogurt dan buah2/kacang kering

Anda berlari di atas mesin threadmill? Ini makanan yang terbaik untuk anda di mana yogurt membantu dalam kebaikan perut anda di samping gula yang sihat di dalam buah2 kering ini memberi anda tenaga berpanjangan. Jadi anda tidak perlu risau anda bersenam dengan lama kerana buah dan kekacang ini mengandungi lemak yang membuatkan penghadaman diambil dengan masa yang agak lama.

3. Epal dengan mentega kacang almond

Mengambil buah sebagai makanan pre workout adalah pilihan yang baik kerana anda akan terselamat dari kandungan gula yang tidak sihat di samping vitamin, mineral dan antioksida anda akan dijaga. Campurkan dengan mentega kacang almond supaya perut anda tidak buat masalah.

4. Smoothie

Campuran susu dengan buahan kering atau yogurt membuatkan ia adalah plihan pre workout yang sihat. Padat dengan protein dan carbs yang baik menjadikan tenaga anda semasa workout ke tahap maksima.

5. Oatmeal dengan buahan

Oatmeal akan membantu anda merembeskan gula dalam saluran darah anda semasa anda melakukan senaman.

Entri Oleh: Fakhrul Islam