Kekacang adalah pilihan makanan yang sesuai untuk semua tidak kita anda yang ingin turunkan berat atau yang ingin membina otot. Ini kerana kandungannya yang banyak dengan manfaat-manfaat kesihatan. Di samping ianya mudah didapati, kekacang juga sesuai dicampur dengan pelbagai makanan dan ia boleh dikategorikan sebagai snek yang sihat. Ketahui kebaikan kekacang ini:

1. Kaya dengan mineral

Tidak dinafikan makanan ini amat kaya dengan pelbagai vitamin dan mineral. Walaupun saiznya yang kecil, ia padat dengan vitamin E , zat besi, potassium, kalsium dan zinc.

Vitamin E yang bertindak sebagai antioksida boleh meningkatkan metabolisma badan dan membaik pulih sel-sel badan yang rosak. Selain itu, potassium juga membantu dalam mengekalkan badan anda sentiasa hidrat.

2. Serat yang baik

Kekacang juga kaya dengan kandungan serat yang membantu mengawal kolesterol dalam badan. Di samping itu, ia melambatkan penghadaman di mana ia sangat sesuai jika anda sedang berdiet untuk mengekalkan rasa kenyang lebih lama.

4. Bantu turunkan berat.

Mungkin ini berita baik untuk anda yang cintakan snek dalam masa yang sama ingin turunkan berat badan. Kekacang mampu mempercepatkan kadar metabolisme badan anda membuatkan badan anda seolah-olah menggunakan banyak tenaga tetapi hanya dengan memakan kacang sahaja.

Anda boleh variasikan menu anda dengan mencampurkan ia dalam oatmeal, blend dengan smoothie anda atau ambil sahaja peanut butter.

5. Kalori yang baik

Kekacang juga tinggi dengan kalori. Oleh sebab itu, bagi anda yang sedang berdiet anda boleh mengambilnya dengan jumlah yang banyak menggantikan makanan-makanan berat yang lain kerana ia adalah karbohidrat yang baik. Di samping itu, ia membantu menambahkan kalori tambahan bagi orang yang ingin menaikkan berat badan. Tips nak naikkan berat untuk yang kurus adalah anda beli sebotol peanut butter dan cuba habiskannya dalam tempoh kurang sebulan.

Kacang terbaik untuk anda ambil adalah badam, gajus, pistachio dan walnut kerana ia tinggi dengan protein di samping lemak yang baik.

Entri Oleh: Fakhrul Islam