Dalam memilih diet yang seimbang kadang-kadang anda terlepas makanan ini atau anda menganggapnya makanan yang tiada kepentingan. Antara makanannya adalah:
1. Butter
Masih ramai yang menghindari makanan ini kerana menganggapnya tidak sihat. Butter adalah dalam kategori lemak tepu di mana anda masih selamat untuk memakannya. Ia juga kaya dengan vitamin, mineral dan lemak yang sihat. Ia juga dilengkapi dengan omega-3. Dalam keperluan badan, butter bertindak sebagai perangsang metabolisme dan juga imuniti.
2. Ayam thigh
Ahli gym biasanya seringkali dikait rapat dengan dada ayam kerana tinggi proteinnya yang membantu pertumbuhan otot. Namun ada satu lagi bahagian yang ramai terlepas pandang kebaikannya. Ia adalah ayam bahagian thigh. Bahagian ini juga sebenarnya dilengkap dengan protein yang tinggi namun kurang hanya beberapa gram dari dada ayam.
Thigh mempunyai lebih lemak yang sihat berbanding bahagian lain yang akan membantu dalam penghasilan hormon. Ia juga lebih mudah dimasak sebenarnya berbanding bahagian dada. Dan jika kita lihat di pasaraya, bahagian ini biasanya lebih murah.
3. Halia
Biasanya halia terkenal dengan rawatan apabila anda cirit birit atau loya dan muntah. Namun ia lebih dari itu, halia sebenarnya bertindak sebagai anti keradangan. Dengan sebab itu, hali mempunyai fungsi sebagai pembantu kepada proses baik pulih otot dengan cepat. Halia juga membantu dalam proses diet bagi anda yang ingin menurunkan berat. Ia membuatkan kita akan berasa cepat kenyang.
Entri Oleh: Fakhrul Islam