Makin Kurus Makin Susah Nak Lean

Pernah dengar tentang success story? Biasa kita tengok orang gemuk buat success story dapat turunkan 20-30kg dalam masa 3 ke 6 bulan. Nampak hebat, bukan?

Ya, memang hebat dan itu kita tidak nafikan. Mereka berhak untuk membuat success story mereka sebagai satu inspirasi kepada orang lain. Mungkin begini saya cara untuk mendidik rakyat Malaysia supaya mencegah obesiti.

Bagaimana mereka boleh kurangkan sampai begitu banyak sekali? Apa yang mereka buat dan bolehkah anda lakukan benda yang sama?

Anda kena faham satu benda. Semakin gemuk badan anda, semakin mudah untuk kurangkan berat badan. Apabila anda menjadi semakin kurus, betul bertambah susah pula untuk menjadi lagi kurus. Inilah perkara normal.

Tak hairanlah kalau kita lihat orang yang obes boleh turunkan sampai 30-40kg pada permulaan. sebelum mereka nak turunkan lagi berat badan sebab nak masuk ke dalam BMI normal, perjalanan mereka semakin susah dan ada yang terus% lenyap daripada dunia success story.

Begitu juga dengan ahli bina badan yang nak turunkan peratusan lemak badan sampai bawah 8%. Mula-mula ketika nak turunkan daripada 18% kepada 15% agak mudah. Kemudian nak turun sampai 12% dah mula rasa susah sedikit. Nak sampai 10% dah kena berhempas pulas. Bawah 8%, hanya orang yang dah capai sahaja tahu seksanya macam mana.

Kalau anda nak capai ke tahap itu, anda kena ikut beberapa protokol. Mudahnya, semakin kurus dan kalau nak jadi lagi kurus, lagi strict diet anda kena jaga. Tak ada lagi junk food, processed food, dan lain-lain.

Kardio juga perlu dikerapkan untuk membakar lebih kalori dan meningkatkan metabolisme untuk pembakaran lemak berterusan. Cuba buat 20-30 minit HIIT dan 20-30 minit LISS untuk senaman cardio. Anda boleh kayuh basikal untuk HIIT dan berjaln laju untuk LISS.

Entri kali ini adalah untuk memahamkan anda dengan kesusahan yang bakal anda hadapi apabila anda semakin kurus nanti. Nak gemuk tak susah, nak kurus pun tak susah. Tetapi, nak jadi semakin kurus apabila anda memang dah kurus, itu yang susah.

Komen Facebook