Malas Nak Bersenam Di Gym? Lakukan Aktiviti-Aktiviti Ini!

Ada sesetengah daripada kita memang tidak mahu pergi ke gym. Kalau pergi pun, susah nak konsisten. Tak ada guna memaksa jenis sebegini.

Untuk menjadi sihat dan kuat, bukanlah wajib pergi ke gym (tetapi ia ialah pilihan yang sangat bijak). Gym mempunyai suasana terkawal. Akan tetapi, banyak lagi aktiviti lain yang turut mendatangkan manfaat.

Kalau anda malas ke gym, apa iata anda amalkan aktiviti-aktiviti ini selalu!

Berenang

Ini berada di tangga teratas, bukannya larian kerana berenang meberikan tekanan yang jauh lebih rendah kepada sendi-sendi anda. Ia juga dapat membakar lemak jauh lebih banyak (jika dilakukan dengan betul).

Berbasikal

Jika anda tak reti berenang, anda boleh berbasikal. Aktiviti ini juga tidak memberikan tekanan begitu kuat pada sendi anda. Kita mahu bertahan lama, tak mahu bersenam dan jadi makin lemah. Cuba sertai mana-mana kumpulan yang mempunyai hobi yang sama?

Mendaki Bukit

Admin cadangkan anda pergi keluar hujung minggu untuk mendaki bukit sebagai aktiviti riadah anda untuk menggantikan gym. Cabar diri untuk makin lama makin cepat pendakian. Kalau minggu ini 1 jam, minggu depan 50 minit. Tambah kelajuan sedikit demi sedikit.

Entri: Aiman Radzi (@TheTheraBeast)

Komen Facebook