Semua jenis senaman boleh bakar lemak, selagi ia dibuat pada INTENSITI TINGGI untuk aktifkan AFTERBURN EFFECT.

Maksudnya, anda kena buat samada berat, ataupun laju-laju!

Jangan buat senaman yang anda sudah mahir atau biasa lakukan. Ini akan kurang mencabar badan anda untuk bakar lemak.

Guna apa sahaja jenis senaman atau meisn kardio selama dua minit, dilakukan dengan laju sampai jantung berdegup kencang.

Nak tahu cukup intensiti atau tidak, anda mesti tercungap di penghujung set, di mana susah untuk bercakap habiskan satu ayat percakapan.

Berapa set 2 minit yang anda kena buat? Cukup 5-8 set hari main gym, 10 set hari rest.

Satu lagi, sebelum kardio, ambil sedikit karbohidrat untuk mengaktifkan tangki pembakaran lemak! Jangan terus kardio tanpa sebarang “isi” dalam perut.

Penulis: Aiman Radzi (@TheTherabeast)