Dah pasti Cardio ,  Tu sebab kenapa kebanyakkan trainer akan sarankan anda lakukan kardio sebaiknya 4 kali seminggu untuk turunkan berat badan. Sebab kardio lebih banyak membakar kalori berbanding main gym. Main Gym lebih kepada kekuatan dan bina otot. Dengan penambahan size otot memang anda sukar turunkan berat badan tetapi untuk rendahkan bodyfat sudah pasti Main Gym antara pilihan tepat.

Nak tingkatkan metabolisma adalah dengan meningkatkan Kadar Denyutan Jantung . Sebab Utama anda Cardio adalah untuk mengaktifkan sistem denyutan jantung . Bila jantung degup kencang seperti kenderaan mahu perang (tu lagu) jadi darah akan dipam ke seluruh tubuh badan dan otot. Dan darah itu sendiri akan mengangkut oksigen dan segala nutrien penting masuk kedalam sel-sel badan.

Kiraannya mudah:

220 – umur kita sekarang

Contoh, saya sendiri

220 – 31 = 189.

Maka, kadar denyutan jantung maksimum saya paling laju untuk senaman adalah 189 denyut per minit.

Kedua, bagaimana cara cepat dan mudah nak mengira denyut jantung?

Banyak cara boleh kita guna, paling mudah memang kena beli jam fitness tu, boleh kesan denyutan jantung kita semasa bersenam.

Jika tidak, cara paling mudah adalah menekan salur darah di pergelangan tangan.

Kira denyut kira selama 15 saat dan darab dengan 4 (15 saat darab 4 jadilah seminit)

Jika denyut selama 15 saat saya 20 denyutan, maka,

20 denyutan x 4 = 80 denyut per minit.

Berdasarkan di atas, jadi saya dah tahu,

Kadar denyutan jantung saya adalah 189, dan kadar denyutan saya sekarang adalah 80.

Sekarang, yang perlu kita tahu, berapakah kadar denyutan jantung untuk senaman?

Dalam kecergasan, adalah penting untuk tahu kedua-dua maklumat tadi. Dari sini, baru lah kita boleh membuat pengiraan.

Untuk mereka yang mahu menurunkan berat badan, kita kena tahu yang kita perlu MENCAPAI PERATUSAN kadar denyutan jantung maksimum TERTENTU. Jika tercapai, barulah kita boleh menurunkan berat dengan senaman kardio.

Untuk maintainence 50-60% daripada kadar denyutan jantung maksimum.

Untuk turunkan berat/bakar lemak: 60-70% daripada kadar denyutan jantung maksimum.

Untuk endurance (aerobic) : 70-80% daripada kadar denyutan jantung maksimum

Dan seterusnya.

Jadi, di sini barulah kita tahu, untuk turunkan berat badan atau bakar lemak, sebenarnya sewaktu kita berjogging contohnya, kadar denyutan jantung kita perlu berada dalam lingkungan 60-70% daripada kadar denyutan jantung maksimum.

Contoh saya tadi, kadar denyutan jantung maksimum 189.

Untuk 60%: 113 , untuk 70% : 132. Jadi, nak mudah, saya perlu mencapai denyutan jantung antara 115-130 denyut per minit, barulah senaman kardio saya tadi membantu membakar lemak saya.

Jadi, patutnya dah faham lah, nak turun berat guna senaman kardio, kena kira denyutan jantung kita. Kena buat cara yang betul, barulah boleh turun berat.

Sebab itu, jujurnya kenapa orang kita buat senaman kardio tapi tak turun berat? Sebab senaman mereka tak mencapai target.

Lepas ni, kira betul-betul denyut jantung tu, biar capai target. Lepas lari satu kilometer, berhenti sebentar dan kira.

Boleh Join Channel Telegram Kami Supaya Anda Tak Terlepas Info Terkini Kami : https://t.me/DeeGymSupplement