Ada satu senaman yang agak unik dan jarang sekali kita lihat dilakukan di gym, tetapi senamannya mudah sahaja. Ramai merungut mereka susah nak bina badan selepas dah berlatih lama. Mungkin sebab mereka tidak pernah memvariasikan senaman mereka. Oleh itu, Admin kongsikan dengan anda satu variasi senamaan bahu untuk mempelbagaikan aneka rasa latihan anda!
Landmine Lateral Raise
Letakkan satu barbell di penghujung penjuru dinding. Kalau anda memang dah ada mesin landmine di gym, itu adalah lebih mudah. Kemudian, pegang hujung babell supaya ia berada di hadapan anda. Lihat gambar bawah sebagai rujukan.
Selepas itu, dalam posisi tangan yang lurus, bawa ke tepi sepertimana anda melakukan dumbbell raise. Jangan terlalu bengkokkan tangan. Fokus pada pengucupan otot bahu bahagian tepi. Cuba lihat gambar di bawah.
Lakukan senaman ini sebanyak 3-4 set dengan 8-12 rep atau 2-3 set sebanyak 15-20 rep. Ia sesuai dilakukan secara superset bersama landmine press untuk menambahkan lagi pump otot bahu.