Masih Baru Dalam Gym? Mungkin Anda Perlukan Tips Ini!

Kalau anda orang yang barubdaftar dalam gym dan tak tahu apa-apa, anda perlukan tips ini untuk membantu anda!

Jangan Main Sampai Lunyai

Ini selalu berlaku. Ramai orang baru masuk dalam gym terus main sampai lunyai semua jenis mesin dalam gyn tersebut. Kemudian, esok lusanya badan sakit habis, tak datang ke gym pula. Ataupun, bila dah lama nanti, hasil tak seberapa, motivasi pun berkurangan.

Jangan main sampai lunyai. Sebaliknya, anda perlukan program latihan yang mantap dan sesuai dengan anda.

Banyakkan Kompaun

Latihan kompaun semestinya lebih susah daripada latihan isolation. Orang baru tak suka susah-susah, jadi mereka buat banyak isolation. Walhal, yang lebih berkesan dan penting ialah kompaun.

Macam mana nak kenal senaman kompaun ataupun isolation? Ini anda kena belajar. Secara ringkasnya, kompaun ialah senaman dengan pergerakan banyak sendi. Isolation pula memfokuskan pada satu jenis pergerakan.

Dapatkan Trainer

Jangan buat-buat pandai dalam gym. Orang kata, bodoh sombong tak bawa ke mana. Lagi sesat nanti ada lah! Anda perlukan trainer bertauliah ataupun otai-otai yang sudi ajar selok-belok dalam gym. Cuma, tak semua otai ada masa. Sebab itu anda perlukan trainer.

Beberapa perkara anda kena cari dalam seorang trainer ialah:

  • Tahu tentang program latihan
  • Tahu tentang asas pemakanan
  • Tahu tentang asas supplement
  • Tahu untuk tidak katakan salah kepada semua benda

Susah-susah nak cari trainer, datang ke Dee Fitness cawangan Bangi kerana kami ada seorang ahli fisiotrrapi merangkap jurulatih yang sudi membantu anda!

Komen Facebook