Shred bermaksud anda membakar lemak sehingga ke bawah 10% daripada peratusan lemak badan. Biasanya, orang akan cuba maintain berada di bawah 10% apabila seseorang itu menghampiri musim pertandingan bina badan ataupun badan cantik.
Nak shred kena jaga pemakanan dan latihan. Pemakanan adalah faktor nombor satu dalam bina badan. Tanpa ilmu pemakanan yang baik, susah untuk anda capai sasaran. Kemudian, latihan juga haruslah betul. Zaman cutting secara main ringan banyak rep telah lapuk. Pengkaji mengakui main berat atau secara tinggi intensiti adalah lebih baik untuk cutting dan jadi lebih shredded!
Jadi, anda nak tahu apa cara anda boleh guna untuk mempercepatkan proses shredded? Pergi ke kelas boxing, kickboxing, atau Muay Thai sekurang-kurangnya sekali seminggu. Latihannya yang tinggi intensiti akan buat lemak anda cair tanpa menguraikan jisim otot yang anda bina semasa bulking.
Menarik lagi, sebab anda dah biasa main besi sahaja, bertukar arah kepada latihan seni pertahankan diri akan buat anda rasa lebih seronok untuk terus berlatih. Ramai tak nampak hal ini, iaitu keadaan mental kita semasa berlatih. Ramai ingat kita bina badan dengan berlatih dan makan sahaja, walhal ia memerlukan tahap minda yang bermotivasi tinggi dan sentiasa konsisten.
Admin nak share beberapa teknik shadow boxing (anda boxing setempat) ataupun bag work (anda pukul punching bag) yang akan jadi sesi kardio yang menarik untuk anda. Admin dulu buat, dan memang shred. Kemudian, Admin dapat besi, maka mulalah hidup dengan “bini” baru. Menyesal pula tinggal bag work, hilang habis stamina!
1. Belajar Asas Cara Menumbuk
Kita ada banyak cara menumbuk, seperti jab, cross, hook, dan uppercut. Sama juga dengan menendang, tetapi Admin tak mahir menendang. Anda boleh belajar daripada Youtube sahaja sebab kalau Admin tulis, nanti ada yang kata “video mana, Admin”.
2. Belajar Kombo Ringkas
Daripada asas-asas cara menumbuk tadi, belajar pula cara untuk gabungkan untuk mencipta kombo. Kita ada kombo 1-2, ada 1-2-1, ada pula 1-3-4, dan macam-macam lagi. Berlajar perlahan-lahan dan ambil masa untuk memahirkannya. Ingat, anda boleh Google dan Youtube akan cara-cara kombo ini dibuat.
3. Mulakan Dengan Buat 1 Minit x 10 Round
Orang kata, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Admin dulu belajar buat kombo pada punching bag seorang diri. Bermula daripada 30 saat untuk 1 round, pergi kepada 5 round, kemudian tambah durasi 1 round daripada 1 minit jadi 2 minit. Tambah perlahan-lahan sampai anda mampu buat 3 minit x 12 round.
Apabila anda dah biasa dengan latihan ini nanti, anda akan berasa sangat seronok untuk kardio dan mungkin sekali lebih seronok daripada angkat besi. Tetapi, jangan tinggalkan salah satu! Admin dahulu beli sendiri satu punching bag seberat 90kg dan letak di perkarangan rumah, siap dengan boxing glove semua. Anda mahu, anda buat. Tak mahu beli, pergi dan cari kelas seni pertahankan diri yang terdekat.