Kalau anda pergi ke gym, anda akan dapati yang bukan semua orang pergi kencing adalah untuk bina badan. Ada yang berlatih untuk powerlifting, ada yang berlatih untuk strongman, dan ada untuk crossfit.

Bila ada banyak jenis latihan seperti ini, maka akan ada banyak juga jenis latihan dan nasihat. Seseorang akan suruh anda angkat berat, seseorang lagi suruh fokus kepada tension. Semua ini adalah nasihat yang berguna. Cuma anda perlu tahu yang mana yang paling penting dalam membina badan.

Ada tiga mekanisme bina badan Anda perlu tekankan; tension mekanikal, tekanan metabolik, dan kerosakan otot. Kalau anda tinggalkan mana-mana komponen ini, maka anda tidak mendapat pembesaran otot maksimum.

Tension mekanikal berkait dengan jumlah tenaga yang dihasilkan oleh otot. Dengan kata mudah, ia adalah berkaitan dengan mengangkat berat. Bukanlah mengangkat paling berat, tetapi perlu cukup berat untuk memberi tekanan mekanikal yang tinggi. Contohnya seperti menggunakan bebanan yang anda hanya boleh buat 3-5 ulangan sahaja.

Untuk tekanan metabolik pula, ia berkaitan dengan pam otot. Anda akan menggunakan bebanan yang ringan sedikit untuk melakukan lebih banyak ulangan. Jangan buat ulangan senaman sehingga lock-out. Maksudnya, anda kena sentiasa repping tanpa henti.

Kerosakan otot adalah penting untuk tumbesaran tetapi kerosakan yang terlalu banyak akan menyebabkan badan anda menjadi terlebih sakit dan sebenarnya mengecilkan lagi otot. Anda kena ubah suai isipadu latihan mengikut kondisi badan. Buat terlalu banyak, anda akan makan diri. Buat terlalu sikit, otot tidak akan hipertrofi.

Anda boleh gunakan kesemua komponen ini dalam satu latihan ataupun anda pecahkan mengikut hari dalam seminggu. Mungkin hari ini fokus kepada mengangkat berat, besok ringan sedikit, lusa paling ringan, kemudian berehat.

Entri: Aiman Radzi

@DeeGymSupplement #DeeFitness