Diet yo-yo merujuk kepada suatu keadaan di mana berat turun dan naik secara silih berganti sehingga menjadi satu kitaran yang berulang. Situasi seperti ini sering kali terjadi kepada individu yang gemar mengamalkan ‘crash diet’ yang biasanya menjanjikan hasil dalam masa jangka pendek dengan Artikel ini akan membincangkan mengenai masalah yang berkaitan dengan diet yo-yo.

Berat naik berganda

Semasa berdiet, lemak yang hilang akan menyebabkan tahap hormon leptin berkurang (hormon leptin membantu anda rasa kenyang). Selera makan pula akan bertambah. Akibatnya pengamal ‘crash diet’ akan naik berat sehingga 65% lebih daripada jumlah berat yang berjaya diturunkan. Apabila berat naik, mereka akan mula berdiet lagi sehingga terjadinya kitaran yo-yo tersebut.

Peratusan lemak meningkat, jisim otot berkurang

Kajian juga menunjukkan bahawa diet yo-yo boleh membawa kepada peningkatan peratusan lemak dalam badan. Semasa ‘fasa berat naik’, lemak lebih cepat bertambah daripada jisim otot. Ini menyebabkan proses menurunkan berat badan menjadi lebih sukar daripada sebelumnya. Pengurangan jisim otot pula akan mempengaruhi kekuatan fizikal. Tetapi kesan ini boleh diperbaiki dengan latihan kekuatan otot dan pengambilan lebih banyak protein.

Masalah hati berlemak

Hati berlemak berlaku apabila terdapat lemak yang berlebihan di dalam sel hati. Penyakit ini juga akan meningkatkan risiko diabetes jenis 2 dan cirrhosis (kegagalan hati).

Penyakit jantung

Berat yang sentiasa naik dan turun dikaitkan dengan penyakit arteri koronari (arteri jantung menjadi kecut dan mengakibatkan bekalan darah ke jantung berkurangan). Menurut satu kajian yang dijalankan ke atas 9,509 orang dewasa, tahap risiko tersebut bergantung kepada jumlah kitaran berat naik dan turun di dalam diet yo-yo—semakin kerap kitaran berlaku, semakin tinggi risikonya. Perubahan berat yang berulang kali untuk jangka masa lama juga akan meningkatkan risiko kematian akibat penyakit jantung sebanyak 2 kali ganda.

Diet yo-yo cuma satu kitaran yang membawa kepada perubahan sementara sahaja. Untuk keluar daripada kitaran tersebut, seseorang individu haruslah memikirkan proses menurunkan berat sebagai satu proses ‘perubahan gaya hidup’ dan bukannya ‘berdiet’. Lakukan perubahan kecil dari semasa ke semasa seperti:

Jauhi ‘crash diet’ atau ‘fad diet’ yang bukan sahaja boleh memudaratkan kesihatan, hasilnya juga tidak kekal lama dan akhirnya mengecewakan.

Entri: Tini Lorna Lim