Karbohidrat dan protein sering mendapat nama dan penghormatan dalam dunia bina badan. Pengambilan lemak pula dipandang enteng, walaupun pada hakikat ia amat penting untuk menjaga kesihatan diri.
Senang kata, lemak sihat adalah fokus anda dan bukannya lemak-lemak daripada makanan yang bukan-bukan.Bayangkan nutrien pemakanan anda sebagai bangku tiga-kaki yang mewakili karbohidrat, protein, dan lemak. Jika anda kekurangan satu kaki, pastu bangku tersebut akan tumbang.
Jadi, mengapa lemak itu penting?
Lemak adalah nutrient yang tinggi kalori. Satu gram lemak bersamaan 9kcal. Berbeza dengan karbohidrat dan protein, mereka berdua hanya mempunyai 4kcal setiap gram. Bagi mereka yang ingin membina saiz badan, secara asasnya mereka perlu berada dalam keadaan caloric surplus.
Maka, dengan pengambilan lemak sihat, salah satu kebaikannya adalah pada mereka yang sukar menaikkan berat badan, atau turut dikenali sebagai “hard gainers” dan “ectomorph”. Contoh mudah untuk faham konsep ini, yang manakah anda lebih rela untuk makan; dua mangkuk besar brocolli atau dua sudu mentega kacang bersama roti?
Selain itu, lemak juga merupakan salah satu struktur untuk sel-sel dalam badan, iaitu dinding membran sel. Fungsi keluar-masuk bahan-bahan kimia dalam badan bergantung pada kesihatan dinding-dinding ini. Tanpa keutuhannya, badan kita pasti dalam bahaya!
Mahu lagi? Lemak turut membantu dalam penyerapan vitamin-vitamin seperti Vitamin A,D,E, dan K. Sebab itu juga kadang-kala ada ubat-ubat dan supplement yang menghendaki anda untuk ambil selepas makan. Ini adalah untuk mengesyorkan bahawa medium untuk penyerapannya adalah optimum.
Jadi, apakah jenis lemak yang anda patut ambil dan yang mana pula yang perlu anda tinggalkan?
1- Omega-3
Dengan kandungan EPA dan DHA yang mengawal kadar kolestrol dalam badan, ini pasti merupakan sebab terbaik yang meyakinkan anda untuk ambil lemak dalam pemakanan. Ikan salmon adalah pilihan kegemaran ramai bodybuilder serata dunia.
2- Lemak Tidak Tepu
Lemak tidak tepu turut menjadi pilihan dalam pemakanan. Ia berkait dengan merendahkan kadar kolestrol tidak baik, mengurangkan kadar penyakit jantung, dan menyihatkan kulit. Antara makanan yang anda boleh ambil untuk dapatkannya ialah minyak zaitun, avocado, dan kacang-kacang.
3- Lemak Tepu
Apa anda salah baca? Atau saya silap tulis? Tidak, kerana lemak tepu juga ada peranan dalam kehidupan seharian, seperti membantu penyerapan kalsium dalam tulang, meningkatkan imunisasi badan, dan perembesan hormon testosterone. Pasti semua tahu betapa penting hormon ini dalam membina badan!
Rata-ratanya, pengambilan lemak haruslah berpada-pada dan bukannya dalam kuantiti yang keterlaluan. Satu sahaja jenis yang anda patut elakkan, iaitu “trans-fat” yang hakikatnya banyak terdapat dalam produk-produk makanan di pasaran. Jenis ini tidak disangkal lagi menaikkan kadar kolestrol tidak baik dalam badan, dan itu bukanlah perkara baik!
Apa kata anda kongsikan resepi-resepi menarik yang anda tahu untuk proses membina badan? Mana tahu ada yang dapat memanfaatkannya.
Jangan lupa like, share, dan follow untuk terus dapatkan perkongsian ilmu dunia kecergasan.
Follow saya intagram Admin @DeeGymSupplement
Nk tengok koleksi T-Shirt Under Armour menarik folow @dee_empirecollection